Buah buahan amat penting dalam kehidupan kita seharian,kerana buah buahan begitu banyak kebaikannya dalam kesihatan kita.
buah buahan juga amat baik dalam diet seharian anda kerana ia membekalkan vitamin dan mineral penting yang menyumbang kepada kesihatan yang baik.
Anggur hijau adalah pilihan yang sihat kerana mempunyai kalori yang rendah dan tiada mengandungi lemak.
KHASIAT ANGGUR HIJAU
vitamin,mineral dan serat yang terdapat dalam anggur hijau membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser,serangan jantung dan strok.Anggur hijau adalah pilihan yang baik untuk membantu anda memenuhi pengambilan harian zat makanan yang disyorkan.
VITAMIN
Anggur hijau mengandungi vitamin C dan K .Vitamin C memainkan peranan penting dalam mencegah jangkitan dan juga menggalakkan kesihatan tulang,gigi,gusi dan saluran darah.Ia juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi badan anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas iaitu sebatian yang mungkin meningkatkan risiko kanser dan penyakit kronik yang lain.Satu cawan anggur hijau mengandungi 75 hingga 90ml vitamin C yang anda perlu ambil setiap hari.Vitamin K menyokong tulang yang sihat dan membolehkan darah untuk membeku.Anda memerlukan 120 mikrogram vitamin ini setiap hari .Satu cawan anggur hijau mengandungi 22 mikrogram vitamin K.
MINERAL
Satu hidangan anggur hijau adalah sumber kalium dan besi kalium membantu fungsi organ ,tisu,otot,sel dan jantung .Anda memerlukan 4700 miligram kalium setiap hari untuk menyokong sistem badan.Satu cawan anggur hijau membekalkan 288 miligram kalium.Besi adalah penting untuk pembentukkan sel sel darah merah dan juga untuk membantu pergerakan oksigen di dalam badan Anda.Keperluan harian besi adalah 8 miligram bagi lelaki dan 18 miligram bagi wanita,Satu cawan anggur berbiji hijau mengandungi 0.54 mineral miligram penting ini
kredit NOLAN NAIM

No comments:
Post a Comment