Telur goreng adalah menu simple untuk di makan pada bila bila masa sahaja,murah,cepat dan mudah.Tapi tahukah anda telur goreng ini banyak khasiatnya?Telur adalah makanan yang paling senang untuk disediakan disamping membekalkan tenaga dan protein.
Secara tradisionalnya telur banyak digunakan untuk menu diet serta sarapan di waktu pagi.terdapat pilihan untuk menyediakan resepi telur ini antaranya telur rebus,telur goreng,telur omelet, ataupun telur dadar.
Telur goreng sering menjadi pilihan utama pada waktu sarapan kerana ringkas,berkhasiat dan cepat dalam menyediakannya
Putih telur mengandungi 15 hingga 20'nilai kalori.90(telur besar) 70 (telur kecil).Telur kuning mempunyai 50-60 nilai kalori.Telur mentah mengandungi 75-80kalori, Telur goreng paling banyak kalori dalam 90-110.Telur goreng kaya dengan sumber protein terutamanya pada bahagian putih,manakala kuning telur tinggi kolestrol dan lemak.Telur goreng juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A,folat,kalsium,kalium,natrium dan fosforus.
Kandungan protein yang tinggi dalam telur dapat mengelak atau mengurangkan risiko penyakit batuk kering.oleh kerana telur goreng juga mengandungi vitamin A ia juga dapat membantu dalam penglihatan dan ketajaman mata.
makan telur dengan kerap dapat menghalang kemerosotan kesihatan dan menajamkan ingatan.Nilai kalori yang tinggi dapat membantu meningkatkan tenaga dengan lebih cepat.Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembinaan otot otot badan.

No comments:
Post a Comment