tengah tengah

Sunday, 16 October 2016

AMALKAN MAKAN SAYUR BAYAM UNTUK LEBIH SIHAT

bahan adalah sejenis sayur yang banyak khasiat di dalamnya dan sangat padat dengan nutrien.Ia rendah kalori dan sangat tinggi dalam vitamin,mineral dan fitonutrien.Apabila anda mengambil makanan yang sihat,anda tidak perlu bimbang tentang diet berat badan anda kerana anda mengambil nutrien yang penting dalam diet dengan memakan sayur bayam ini.



bayam merupakan sumber bagi vitamin K ,vitamin A , magnesium ,folat,mangan,besi,kalsium,vitamin C,vitamin B2,kalium,dan vitamin B6,selain itu juga ia mengandungi sejenis protien,fosforus,vitamin E,zink,serat,tembaga dan ia juga sumber yang baik untuk selenium ,niasin,amega-3,asid lemak.

bayam mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi tubuh daripada radikal bebas.penyelidik telah menemui sekurang kurangnya 13 kompaun flavonoid yang bertindak sebagai anti kanser.



Antaranya lagi manfaat makan bayam ini adalah ianya makanan yang baik untuk hati yang sihat.ia merupakan sumber vitamin C dan A yang merupakan antioksidan yang membantu mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan.fungsi antioksidan ialah mengurangkan dan menghalang kolestrol.

Disamping itu folat adalah baik untuk sistem kardiovaskular yang sihat serta magnesium,mineral yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.Bayam mengandungi folat,beta karotena dan vitamin C yang juga berfungsi untuk melindungi sel sel badan daripada kesan berbahaya radikal bebas dan juga dari kerosakan DNA dan mutasi dalam sel.

nutrien sifat anti radang yang terdapat dalam bayam membantu mencegah radang seperti artritis ,osteoporosis,sakit kepala migrain dan asma.kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan sayuran hijau seperti bayam boleh melambatkan  penuaan dan lemah ingatan.

Anda pernah mendengar lutien?ai adalah satu karotenoid yang terdapat dalam bayam yang perlindungan terhadap penyakit mata seperti karak berkaitan dengan usia dan degenerasi makula.Terdapat beberapa tanda tanda bahawa ia mungkin diserap lebih baik jika anda makan dengan sedikit lemak seperti minyak zaitun ataupun makanan yang mengandungi lemak.

Bayam kaya dengan zat besi .Besi adalah mineral penting yang diperlukan oleh wanita sedang dalam haid ,kanak kanak dan remaja.Zat besi juga adalah komponen hemoglobin yang membawa oksigen ke semua sel sel badan yang diperlukan untuk tenaga yang baik.



No comments:

Post a Comment