tengah tengah

Tuesday, 25 October 2016

KETAHUI kebaikan telur untuk tubuh kita


Telur goreng adalah menu simple untuk di makan pada bila bila masa sahaja,murah,cepat dan mudah.Tapi tahukah anda telur goreng ini banyak khasiatnya?Telur adalah makanan yang paling senang untuk disediakan disamping membekalkan tenaga dan protein.
Secara tradisionalnya telur banyak digunakan untuk menu diet serta sarapan di waktu pagi.terdapat pilihan untuk menyediakan resepi telur ini antaranya telur rebus,telur goreng,telur omelet, ataupun telur dadar.
Telur goreng sering menjadi pilihan utama pada waktu sarapan kerana ringkas,berkhasiat dan cepat dalam menyediakannya 
Putih telur mengandungi 15 hingga 20'nilai kalori.90(telur besar) 70 (telur kecil).Telur kuning mempunyai 50-60 nilai kalori.Telur mentah mengandungi 75-80kalori, Telur goreng paling banyak kalori dalam 90-110.
Telur goreng kaya dengan sumber protein terutamanya pada bahagian putih,manakala kuning telur tinggi kolestrol dan lemak.Telur goreng juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A,folat,kalsium,kalium,natrium dan fosforus.
Kandungan protein yang tinggi dalam telur dapat mengelak atau mengurangkan risiko penyakit batuk kering.oleh kerana telur goreng juga mengandungi vitamin A ia juga dapat membantu dalam penglihatan  dan ketajaman mata.
makan telur dengan kerap dapat menghalang kemerosotan kesihatan dan menajamkan ingatan.Nilai kalori yang tinggi dapat membantu meningkatkan tenaga dengan lebih cepat.Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembinaan otot otot badan.

Sunday, 23 October 2016

JOM DAPATKAN SAMPLE PELBAGAI PRODUK SECARA PERCUMA!



siapa yang tak suka dapat benda free kan?Tambah tambah tanpa mengeluarkan modal,zaman sekarang hanya dihujung jari.
Kalau dulu hanya teringin hendak mencuba sesuatu produk sebelum membelinya mesti kena isi borang pastu kena pergi pula pejabat pos untuk sekadar menghantar borang sample free sesuatu produk.
Jadi kat sini saya cuba membantu korang untuk kumpulkan beberapa laman web yang boleh diterjah untuk mengisi maklumat peribadi secara online bagi mendapatkan sample percuma dari company company yang menawarkan free sample  oni.
Tapi saya kurang pasti company mana masih ada tawaran ini atau sudah tamat..jom sama sama kita check it out sample yang telah di bagi percuma dibaeah ini


Breeze comfort free sample
Essenso free sample
Anlene free sample
syampoo selsun free sample
dewamor perfume free sample
kleenex clean free sample
hand wash free sample

SAMPLE FREE PEMBERSIH PERIBADI WANITA
petite fushia free sample
lactacyd free sample

SAMPLE FREE TUALA WANITA
intimate free sample
sofy extra dry free sample

SAMPLE FREE PAMPERS
laurier free sample
libresse free sample
kotex free sample
kao free sample
mamy poko free sample
diapex free sample
drypers free sample
huggies free sample


SAMPLE FREE SUSU TEPUNG
lactokid free sample
dugro free sample
dumex mamil free sample
dutch lady nutri plan free sample
similac free sample
sustagen free sample
enfagrow free sample
wyeth nutrition free sample
nestle cerelac free sample
friso gold free sample
anmum free sample

Friday, 21 October 2016

MUSHROOM BAGUS UNTUK KESIHATAN KITA,BACA INI


KHASIAT CENDAWAN @ MUSHROOM


cendawan mengandungi vitamin B yang memainkan peranan yang penting membantu dalam fungsi sistem saraf .

Asid panthotenic membantu dalam pengeluaran hormon.dan memainkan peranan penting dalam sistem saraf.

Riboflavin membantu dalam kesihatan sel darah merah.Niacin menggalakkan kulit yang sihat dan memastikan sistem saraf berfungsi.

Selenium adalah mineral yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel sel badan daripada kerosakan yang boleh membawa kepada penyakit jantung dan beberapa penyakit kanser dan penyakit penyakit lain.Ia juga amat penting untuk sistem imun dan kesuburan.Banyak makanan berasal dari haiwan dan bijirin adalah sumber selenium yang baik .Tetapi cendawan adalah antara sumber yang kaya dengan selenium yang menyediakan 8-22 mcg selenium.

Ergothioneine adalah antioksidan semulajadi yang juga boleh melindungi sel sel badan .Cendawan menyediakan 2.8-4.9mg ergotioneine

Tembaga membantu membuat sel sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh badan.Tembaga juga membantu menjaga tulang dan saraf.


ANTARA LAGI KEBAIKANNYA IALAH

Beta-glukan banyak terdapat dalam pelbagai spesies cendawan. Fungsinya termasuklah untuk melawan alahan dan juga boleh mengawal proses fisiologi yang berkaitan dengan metabolisme lemak dan gula di dalam badan manusia. Beta glukan juga terdapat dalam tiram.

Kalium adalah mineral penting yang ramai orang tidak mendapat secukupnya. Ia membantu dalam penyelenggaraan cecair normal dan keseimbangan mineral yang membantu mengawal tekanan darah. Ia juga memainkan peranan dalam memastikan sistem saraf dan sistem otot termasuk jantung berfungsi dengan sempurna. Cendawan mempunyai 98-376 mg kalium setiap 84 gram.

Pengurusan Berat Badan
Cendawan adalah enak dan makanan yang mengenyangkan. Penyelidikan awal mencadangkan pengambilan makanan seperti cendawan yang berkalori rendah tetapi dapat membekalkan tenaga sama seperti daging lembu boleh menjadi diet yang berkesan untuk mengurangkan tenaga dan pengambilan lemak

Antioksidan
Cendawan adalah sumber utama selenium iaitu sumber antioksidan yang penting. Antioksidan seperti selenium melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang mungkin membawa kepada penyakit kronik. Ia membantu untuk memperkuatkan sistem imun. Di samping itu cendawan menyediakan ergothioneine iaitu sejenis antioksidan semula jadi yang boleh membantu melindungi sel-sel badan.

Vitamin D
Cendawan adalah satu-satunya sumber makanan dari tumbuhan yang mengandungi kandungan  vitamin D yang tinggi. Ia sangat penting untuk kesihatan gigidan tulang malahan dapat menguatkan sistem imun badan kita. Selain kalsium vitamin D amat diperlukan untuk mencegah osteoporosis dikalangan orang yang sudah berumur.

Umami dalam Cendawan
Umami adalah rasa asas kelima selepas manis, masin pahit dan masam. Berasal dari perkataan umai Jepun  yang bermaksud " yang lazat, " umami (disebut oo- MAH- mee ) digambarkan sebagai makanan yang sedap, kaya atau penuh rasa sensasi. Ia memuaskan untuk rasa yang lengkap dan mengimbangi rasa enak dengan sifat-sifat yang tersendiri dan  mulut dirasakan penuh dengan aroma. Semakin kuat umami dalam makanan semakin lebih banyak rasa ia akan didapati. Semua cendawan adalah sumber yang kaya dengan umami dan cendawan gelap  mengandungi lebih banyak umami .
Satu lagi ciri menarik tentang umami ialah ia menyeimbangkan rasa masin dan membolehkan garam dapat dikurangkan dalam makanan. 

Bebas Gluten 
Cendawan adalah rendah kalori, bebas lemak, bebas kolesterol dan sangat rendah dalam natrium tetapi ia menyediakan nutrien yang biasanya ditemui dalam makanan bersumberkan daging. Seperti semua buah-buahan dan sayur-sayuran cendawan secara semula jadi adalah bebas dari gluten.Cendawan adalah makanan tambahan yang lazat dan berkhasiat untuk diet yang bebas gluten.

sumber Nolan naim.

PESANAN DARI ANAK YATIM PIATU KEPADA FAIZZ NUR


Tengah panas 1 Malaysia pasal isu bapa saudara yang pecah amanah terhadap anak saudara sendiri.ada seorang netizen memberi komen tentang faizz nur..bawah komen yang telah di copy paste dari facebook..


Surat Buat Bapa Saudara Mangsa DUKE

Assalamualaikum .. Hai.. Nama saya Amani, graduan uia dalam bidang psikologi dan kini memegang jawatan sbgai seorang kaunselor di sebuah jabatan kerajaan. Saya juga merupakan seorang anak yatim piatu yg kematian ibu dan ayah ketika masih kecil.

Saya terbaca tentang keadaan 2 orang anak kecil yg di “makan” haknya oleh Bapa Saudara sendiri. Mungkin ramai yg tidak tahu kesan dan akibat drpd perbuatan terkutuk ini terhadap golongan2 terpilih seperti kami.

Jadi, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya tulis surat ini utk En.Faizz agar dpt diteliti dan diamati dgn jiwa yg tenang..

Saya kematian ibu dan ayah pada usia 7 tahun dan kini usia saya 26 tahun. Mungkin nasib saya sedikit baik sebab saya sudah memahami apa itu kematian. Saya mempunyai dua orang abang. Abang saya kini ialah seorang pegawai Bank dan seorang lagi pensyarah di uitm.

Ketika ibu dan ayah meninggalkan kami, kami awalnya “dijaja” kononnya bapa saudara kami akan membela kami kerana dia mempunyai kerja yang bagus utk menampung kami 3 beradik yatim piatu. Malangnya, jajaan cerita itu hanya satu bualan manis sang bapa saudara yg kami panggil Pak Ya.

Ya, Pak Ya seorang yg agak berada. Arwah ibu kami ialah kakak kandungnya. Bapa kami anak tunggal jadinya sebelah bapa kami tiada saudara mara. Jadi awalnya semua bersetuju utk kami tinggal dgn Pak Ya. Lama juga kami tinggal dgn Pak Ya. Tapi zaman kami tak macam zaman anak yatim skrg. Kami dlu wlpn tinggal dgn bapa sedara sendiri, kami dikerah utk bekerja. Saya disuruh mengemas rumah setiap hari sebelum ke sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Abang Long dan Abang Ngah saya diarah utk tolong atok sedara di bendang. Kami tidak dibenarkan berkawan dgn kawan2 kampung sb menurut Pak Ya, anak2 kampung otaknya tidak bagus.

Selang 6 bulan sesudah itu, ibu saudara kami mendapat tahu kami diarah itu ini hinggakan pelajaran kami terabai. Yuran sekolah kami tidak dibayar. Buku2 sekolah kami diminta utk berkongsi. Pakaian sekolah kami disuruh pakai dari lebihan baju anak2 Pak Ya.

Ibu saudara saya yg kami panggil Umi menangis melihatkan keadaan kami. Pada ketika itu, Umi baru berusia 30-an dan belum berkahwin. Umi adik bongsu ibu yg sangat sygkan kami. Keadaan Umi dlm kejadian yg menimpa saya samalah juga sebagaimana ibu saudara mangsa DUKE yg sedih melihat nasib ank2 saudara.

Umi membuat keputusan mengambil kami 3 beradik utk dijaga. Pada ketika itu juga, Pak Ya tegas utk tidak melepaskan kami. Tahu kerana apa? Kerana Pak Ya menerima wang sumbangan dari org kampung dan kawasan kejiranan ini. Pak Ya bimbang andai Umi mengambil kami, tiada lagi sumbangan yg akan diterima.

Umi berkeras utk melaporkan ke pihak berkuasa andai Pak Ya tidak mahu melepaskan kami. Maka selepas berbincang, kami tinggal dgn Umi. Pada ketika itu barulah kami merasa bahagia. Umi menjaga kami dgn penuh kasih syg. Umi mengajar kami apa2 yg kami tidak faham di sekolah, Umi turut ajar kami kehidupan yg tidak brrgantung pd org lain. Ramai org melamar umi tapi umi menolak dgn cara yg baik semata mata demi menjaga kami. Cerita Pak Ya pula, dia masih menerima sumbangan bahkan cerita tentang perihal kami adik beradik yatim piatu dicanangnya ke merata tmpt. Hinggalah tabungan Anak2 Yatim buat kami penuh diterimanya. Suatu hari , Umi ke rumah Pak Ya kerana umi kekurangan duit utk bayar yuran pengajian abg long. Umi minta Pak Ya apa yg menjadi hak kami. Tapi malangnya, Pak Ya enggan utk memberi. Katanya, duit itu kepunyaannya kerana dia yg brsusah payah meminta pada org ramai utk menderma.

Saya ketika itu berusia 15 tahun mula sedih dgn sikap Pak Ya. Sedih kerana abg long saya akan menyambung pengajian tp wang yg sepatutnya menjadi hak kami ditidakkan oleh bapa saudara sendiri. Umi berkeras meminta tp malangnya umi dihalau keluar. Akhirnya kami pulang dgn tgn kosong. Ketika itu saya lihat Umi termenung panjang. Die berfikir cara terbaik utk dptkan duit bagi membayar yuran pengajian Abg Long. Abg Ngah pula bakal menduduki peperiksaan SPM dan saya PMR. Umi kelihatan tua dari usianya. Kerana umi letih mencari duit utk menyara kami sedangkan Pak Ya senang lenang bermewah dgn duit kami.

Malam harinya, kami melihat umi menangis sementara menunggu waktu isya. Jadinya abg long ajak kami 3 beradik utk ceriakan umi. Caranya, kami solat jemaah bersama. Habis solat isya, abg long berdoa dan hingga kini saya ingat doanya.

“Ya Allah, kami ini anak yatim piatu. Yang tiada sapa pedulikan kami melainkan ibu saudara kami. Dan kini ibu saudara kami ini sedang bersedih. Maka kami mohon padaMu wahai Tuhan, TARIKLAH NIKMAT KEMEWAHAN mereka2 yg menganiaya kami dan jadikanlah mereka manusia yg berada dalam kesedihan.”

Selesai doa ini, Umi lebih kuat menangis dan peluk abg long dan merayu agar menarik balik doa tersebut.

Tahu kerana apa? Kerana Umi takut abangnya terkena balasan atas penganiayaan yg dilakukan terhadap kami bertiga si yatim piatu.

Dan benarlah.. Doa anak2 yatim, doa fakir miskin, doa org2 yg dianiaya, tidak sesekali dibiarkan oleh Allah. Bahkan doa2 golongan beginilah tiada hijab disisi Allah..

Selang beberapa tahun, Pak Ya di tahan oleh Badan Pencegah Rasuah kerana mempunyai skandal rasuah. Atas kesalahan itu, seluruh harta Pak Ya disita dan semua wang simpanannya dibekukan. Pada masa yg sama, anaknya sakit teruk dan isterinya pula meninggal dunia. Pak Ya bagaikan org gila apabila sering meracau dan apabila bertemu kami, Pak Ya bagaikan tidak keruan. Hidup Pak Ya sama sekali tidak seperti dulu.

Umi yg melihatkan kesedihan abgnya memohon pada abg long dan kami semua utk memaafkan Pak Ya dan seluruh keluarganya yg telah berbuat jahat dgn mengambil hak2 kami dan menidakkan hak kami. Hingga kini, Pak Ya hidup sebatang kara. Anak2 lain mengabaikannya dan Pak Ya kini dihantar ke rumah org tua2.. Umi masih brrsama kami. Umi lah tempat kami bermadu kasih. Umi sanggup berkorban kebahagiaannya utk tidak berumahtangga demi membesarkan kami. Dan setiap hari jugalah, Umi meminta kami agar memaafkan Pak Ya kerana kasihankan keadaan Pak Ya yg seteruk itu.

Namun bagi kami, melihat kesedihan Umi jauh lebih kami fikirkan berbanding kesedihan Pak Ya. Sehingga kini, kami 3 beradik belum mampu “Menghalalkan” duit yg digunapakai oleh Pak Ya utk kepentingannya dan keluarga. Bagi kami, biarlah Allah sahaja yg menentukan pengakhiran hidup Pak Ya.

Jadi nasihat saya pada En.Faizz, beringatlah.. Doa anak2 yatim itu tiada hijabnya disisi Allah. Lebih2 lagi mereka masih dlm keadaan suci bersih hatinya. Moga En.Faizz masih mempunyai masa yg cukup utk MENGGANTIKAN duit anak2 yatim itu andai benar En.Faizz menggunakannya. Sekalipun mereka masih kecil, mereka tiada siapa utk melindungi, mereka masih mempunyai Allah yg melihat setiap air mata mereka. Yg Maha Mendengarkan doa2 malam hari mereka. Yg Maha Mengetahui isi hati mereka. Jangan sampai Allah terbalikkan kesedihan mereka terhadap keluarga En.Faizz.. Ketika itu, tiada lagi jalan utk En.Faizz berjalan dan tiada lagi ruang utk En.Faizz mencari peluang..

Semoga surat ini mampu menjentik hati kecil En.Faizz sekeluarga utk bertaubat.

Salam Ibrah dari Saya,
Nur Amani, si yatim piatu.
Copy and paste

Thursday, 20 October 2016

NAK SLIM?LEMON JAWAPAN TERBAIK SERTA KHASIATNYA YANG LAIN


Segelas jus lemon mengandungi kurang daripada 25 kalori .ia adalah sumber yang kaya dengan nutrien seperti kalsium,kalium,vitamin C dan serat pektin.ia juga mempunyai nilai cici ciri perubatan dan antibakteria.Ia juga mempunyai zat besi dan vitamin A.

Lemon juga membantu dari segi pencernaan dan menjadikan proses dan menghapuskan bahan buangan dari badan dengan lebih mudah.

Ia mencegah masalah sembelit dan ciri birit dengan mudah.dengan memastikan proses usus berjalan dengan lancar.

Lemon adalah sejenis buah buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C,yang berupaya mencantikkan wajah dan menremajakan wajah 
anda.

Salah satu faedah yang berguna tentang lemon ini ialah cepat menurunkan berat badan

Air lemon membantu dalam 
menyingkirkan toksin dalam badan dan bermanfaat untuk badan.

Lemon juga membantu menguatkan sistem imun dalam badan dan melindungi anda daripada kebanyakan jangkitan.

Ia juga berperanan sebagai pembersih darah.

Lemon adalah pembersih antiseptik yang hebat 
sesuai bagi orang yang mengalami masalah jantung kerana mempunyai kadar kandungan kalium yang tinggi.

Lemon mempunyai serat pektin yang bermanfaat untuk kesihatan kolon 


Lemon juga mengimbangi dan mengekalkan pH dalam badan .mengambil jus lemon suam waktu pagi dapat membuang toksin dengan cepat.

Membantu sistem penghadaman dan pengeluaran hempedu.Merupakan sumber asid sitrik,magnesisium,kalium,kalsium dan fosforus.

Juga membantu mengurangkan kesakitan dan radang pada sendi dan lutut kerana ia larut asid urik

Membantu dalam jangkitan selsema .kandungan kalium dalam lemon membantu otak dan menyuburkan sel sel saraf.

Membantu mengekalkan kesihatan mata dan membantu memerangi masalah mata.
Jus lemon membantu menambah garam dalam badan terutamanya selepas sesi senaman berat.

Bermanfaat yang besar bagi kulit yang bermasalah dalam jerawat dan melambatkan kedutan pada wajah.

kredit Nolan Naim

APA YANG FAIZZ NUR BUAT DENGAN DUIT ANAK MANGSA DUKE?




Hari ini terpanggil nak cerita pasal isu panas dalam negara ketika ini.Kes pecah amanah bapa saudara kepada anak mangsa duke mei 2015.Bawah intipati cerita bapa saudara yang pecah amanah.

DUit manusia jadi gelap mata

Biodata Faizz Nur Dan Isu Majlis Pernikahan Mewah Selepas Kemalangan Duke|Faizz Nur Adalah adik kepada mangsa nahas kemalangan DUKE didakwa songlap dan pecah amanah duit sumbangan orang awam berjumlah RM300,000.

Terdahulu, sumbangan RM300,000 hasil derma kilat telah didermakan kepada Faizz Nur selaku adik kepada Allahyarham selaku mandat untuk menjaga 2 anak kecil tersebut sehingga dewasa.

Dikutip dari sumber Malvister.com kakak kepada Faizz Nur iaitu Yusnida Husian, 48, yang mendakwa adik bongsunya itu ‘pecah amanah’. Ia susulan Faizz Nur gagal menyalurkan wang sumbangan orang ramai berjumlah RM300,000 kepada dua anak perempuan pasangan maut kemalangan Duke mei tahun lalu. Selain itu, Faizz Nur juga gagal menjaga dua anak perempuan seperti yang dijanjikan sebaik kemalangan arwah abangnya di media. Nama Penuh: Muhammad Faizznur Asyraf Husain

Umur: 30 Tahun

Asal: Selangor

Profil Facebook: Faizz Nur

Kerjaya: Usahawan

Jawatan: Co-Founder Panca Sitara Cafe

Status Perkahwinan: Baru Berkahwin dan anak satu

Status Adik Beradik: Adik bongsu kepada Allahyarham Fairuz Hussein (Kemalangan Pajero di Lebuhraya DUKE Mei Tahun lalu)

Senarai Dakwaan Terhadap Faizz Nur

-Menaburkan janji manis untuk menjaga dua anak perempuan arwah abangnya namun gagal berbuat demikian.

-Mendakwa RM300,000 hasil derma kilat kemalangan arwah abangnya adalah miliknya sebab wang itu masuk ke akaun bank atas namanya.

-RM300,000 derma tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan persekolahan dua anak perempuan abangnya namun Faizz didakwa mengggunakan wang itu untuk kepentingan diri sendiri atau kemewahan sendiri.

-Faizz Nur juga telah menyerahkan hak jagaan 2 anak perempuan abangnya kepada kakaknya Yusnida sehingga kini. Sepatutnya Faizz Nur yang diamanahkan untuk menjaga kedua beradik tersebut.

-Yusnida mendakwa hanya RM12,000 disalurkan kepada 2 anak ini namun selebihnya daripada RM300,000 digunakan oleh Faizz.

-Untuk info terkini, selepas 3 Minggu kemalangan maut melibatkan arwah abangnya pada Mei 2015 lalu. Faizz Nur kini sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Namun timbul persoalan apabila Faizz Nur dalam bulan yang sama arwah abangnya meninggal telah melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran dan mewah. Difahamkan, hanya 3 minggu sahaja Faizz Nur mampu membuat persiapan kahwin dengan cepat.

Timbul dakwaan dikalangan netizen adakah Faizz Nur menggunakan sebahagian wang derma RM300K untuk majlis perkahwinnya.

oiop

Sidang Media Yusnida Dakwa Faizz Nur Songlap RM300K & Insuran 50K

Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.

Tambah Yusnida lagi, dia menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang. Selain itu, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai terhadap dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga. Menurut Yusnida, dua anak saudara dalam jagaannya hanya menerima RM12,000 sahaja sedangkan jumlah sumbangan orang ramai dianggarkan kira-kira RM300,000.

Tuntutan Yusnida Terhadap Faizz Nur:

Faizz Nur telah pecah amanah kerana tidak menjaga kedua beradik itu seperti yang dijanjikan. Wang derma kilat RM300,000 sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan dua beradik tersebut tapi telah disalah gunakan.

Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringgit tidak dihantar untuk anak-anak ini. Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun- luah Yusnid.


MAKAN POP CORN SAMBIL TENGOK WAYANG ADA KHASIATNYA


POP CORN
Pop corn atau bertih jagung selalunya kebanyakannya orang makan waktu menonton televisyen ataupun masuk panggung wayang.
Terdapat banyak khasiat yang ramai tak tahu terkandung dalam bertih jagung ini.

Di dalam pop corn terdapat protein dan fosforus yang lebih banyak dari kerepek kentang.Dan juga lebih banyak zat besi dari telur dan bayam.

Popcorn adalah snek yang sihat bebas gula bebas lemak dan rendah kalori.Hanya 31 kalori bagi 1 cawan udara muncul popcorn.Bijirin mempunyai kepekatan antioksidan yang tinggi berbanding buah buahan dan sayur sayuran.
bijirin juga tinggi dalam asid fenolik antioksidan yang mana lebih mudah untuk badan menyerap.
Pop corn adalah makanan ringan yang boleh dikatakan kesukaan ramai ,boleh dinikmati secara kosong atau disapu madu atau juga mentega.
Pop corn kebanyakan lempung dengan udara yang menjadikan ia sangat berkesan untuk mempercepatkan rasa kenyang dan mengelak keinginan kelaparan tanpa merosakkan diet harian anda.
Pop corn bebas gluten.malahn ia juga digunakan sebagai penganti serbuk roti pada lapisan gorengan ayam dan ikan.
Berbanding snek dan makanan ringan yang lain pop corn jauh lebih murah dari segi kuantiti dan kualiti.terutama jika dibandingkan dengan kerepek kentang dengan keropok.

sumber Nolan Naim